Sistem e-Aduan
 
“Sistem e-Aduan Kelantan” terletak di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat
SUK Negeri Kelantan. Sistem ini merupakan satu inisiatif yang diwujudkan sebagai langkah untuk
memperluaskan penggunaan ICT di Negeri Kelantan. Aplikasi ini berfungsi sebagai satu saluran utama
khususnya kepada rakyat Negeri Kelantan untuk mengemukakan sebarang aduan kepada pihak kerajaan
dengan mudah dan cepat. Dasar dan objektif utama sistem ini adalah:-
 
1) Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dengan lebih efektif;
 
2) Meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang mampu memenuhi kehendak dan ekspektasi pengguna;
 
3) Meningkatkan kualiti dari segi pengurusan aduan permasalahan yang wujud;
 
4) Mewujudkan komunikasi dua hala secara interaktif dengan lebih berkesan di mana pengguna dapat mengemukakan aduan secara terus dan tindakan penyelesaian akan diambil dalam jangkamasa yang agak cepat;
 
5) Menggalakkan penggunaan ICT di kalangan rakyat Negeri Kelantan sekaligus meningkatkan budaya celik IT.
 
Hakcipta Terpelihara © 2014 Sistem e-Aduan Versi 2.1
Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Penafian: Kerajaan Negeri Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan sistem ini.