SYARAT AM
 
Kelayakan
i Semua pegawai kerajaan negeri dan badan-badan berkanun serta agensi kerajaan negeri sahaja.
ii Sesuai mengikut pengalaman, tugas dan jawatan pemohon.
iii Pegawai bukan daripada perkhidmatan negeri boleh memohon secara bertulis.
 
Yuran Pendaftaran
i Peserta-peserta perlu menjelaskan yuran pendaftaran sebanyak RM30.00 bagi menghadiri setiap kursus (sekiranya berkaitan).
 
Permohonan
i Kakitangan perlu mendaftar secara 'online' .Sila pastikan permohonan anda memenuhi prasyarat yang dinyatakan.
ii Peserta dibenarkan mendaftar enam (6) kursus sahaja untuk 1 tahun.
iii Urusan pemilihan peserta dibuat oleh Unit Latihan dengan menghantar surat kepada peserta yang terpilih.
 
Sijil Penyertaan
i Sijil-sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada peserta-peserta yang dapat menamatkan kursus mengikut tempoh yang telah ditetapkan sahaja.