Penulis Topik: Muat Turun Borang Kemasukan Untuk Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan 2010  (Dibaca 6784 kali)

Offline nikramzi

  • Ahli Baru
  • *
  • Pos: 10
  • Karma: +0/-0
    • Lihat Profil


Borang Permohonan untuk Kemasukan ke Sekolah-Sekolah Maahad Kawalan (beserta kad ujian) boleh di muat turun dibawah.(Sila muat turun & cetak kedua-duanya sekali):

 1) Borang Kemasukan Ke Maahad Kawalan http://yik.kelantan.gov.my/muatturun/fail/muatturun.php?f=brgkemasukanmhdkwln.pdf

 2) Kad Ujian (Sila bawa kad ini & slip asal UPSR semasa Ujian) http://yik.kelantan.gov.my/muatturun/fail/muatturun.php?f=KadUjian.pdf

 

Untuk makluman, Sekolah-sekolah Maahad Kawalan adalah:

1) Maahad Muhammadi Lelaki
2) Maahad Muhammadi Perempuan
3) Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
4) Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
5) Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas

 

Syarat minima UPSR adalah 4A 1B, sila poskan borang berserta wang pos atas nama Pengetua Maahad berkenaan sebanyak RM5.00 ke sekolah pilihan anda (borang tidak akan di proses sekiranya wang pos tidak disertakan).

-    Syarat 4A 1B
-    Tarikh hantar borang dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan UPSR.
-    Tarikh tutup 03 Disember 2009.
-    Borang yang telah siap diisi hendaklah hantar ke Maahad Pilihan pemohon.
-    Ujian Lisan ditetapkan oleh pihak Maahad setelah borang permohonan dihantar.
-    Ujian bertulis dijalankan pada 5 Disember 2009 di Maahad masing-masing dengan kelolaan YIK dan MTS Kok Lanas (Lelaki) di YIK
-    Keputusan pengambilan Maahad Kawalan akan diumumkan pada 21 Disember 2009.
-    Rayuan kemasukan adalah dalam tempoh seminggu selepas keputusan kemasukan pelajar.
-    Keputusan boleh didapati di Maahad berkenaan, Yayasan Islam Kelantan atau layari laman web www.yik.kelantan.gov.my. Keputusan juga boleh disemak menggunakan Sistem Semakan Kemasukan Sekolah Maahad Kawalan YIK disini.

Borang dan Kad Ujian diatas digunapakai untuk permohonan ke sekolah Maahad Kawalan sahaja. Untuk borang permohonan ke SMU Yayasan Islam Kelantan yang lain boleh dimuat turun di ruangan muat-turun disini.

Diharap dengan cara ini, kami mampu bantu anda untuk memohon ke Sekolah Maahad Kawalan dgn lebih mudah dan pantas. Sekian. Selamat Berjaya!