Penulis Topik: Kerja Kosong di MAIK (Majlis agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan  (Dibaca 21070 kali)

Offline nikramzi

  • Ahli Baru
  • *
  • Pos: 10
  • Karma: +0/-0
    • Lihat Profil
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
KOMPLEKS ISLAM, LUNDANG
15200 KOTA BHARU
TEL: 09-7481512 / 7445957 FAX :09-7485512 / 7444393

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan
kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan:

1. (a) Jawatan : Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41

(Imam Masjid Bandar /Jajahan)
[ 1 jawatan]
(b) Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
(c) Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Perkhidmatan
(d) Taraf Jawatan: Tetap
(e) Jadual Gaji : Gred S41
P1T1 RM1688.89 - P1T27 RM4638.89
P2T1 1783.51 - P2T27 4917.16
P3T1 1882.31 - P3T27 5219.23

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:
a) (i) Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam
yang diiktiraf oleh kerajaan atau yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan, atau;
(ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang
pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi - institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya ;
(Gaji permulaan pada Gred S41 : P1T3);
dan b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang di iktiraf setaraf
dengannyaa oleh kerajaan.
Syarat kenaikan pangkat secara lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong
Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh
Pihak Berkuasa Melantik untuk kenaikan pangkat secara lantikan
ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan,
dan:
(i) mempunyai kelayakan di perenggan a(i) diatas
atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas

2. (a) Jawatan : Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
Gred S27 (Imam Masjid Bandar/ Jajahan)
[ 3 jawatan ]
(b) Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
(c) Kumpulan : Sokongan
Perkhidmatan
(d) Taraf Jawatan: Tetap
(e) Jadual Gaji : Gred S27
P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10
P2T1 1274.13 - P2T26 3213.25
P3T1 1346.73 - P3T26 3405.26
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut :
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
dengan mendapat prinsipal dalam subjek
Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau
(ii) Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan al Quran
daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama Jabatan
Perdana menteri atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan .
(Gaji permulaan pada Gred S27 : P1T5);atau
(iii) Diploma pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan pada Gred S27 : P1T5);
dan (b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat kenaikan pangkat secara lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hal
Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan,
dan:
(i) mempunyai kelayakan di perenggan a (i) diatas; atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas
(ii) Diploma dalam bidang perancang bandar dan
wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
politeknik –politeknik tempatan atau kelayakan
yang di iktiraf setaraf denganya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27: P1T6)
dan (b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

3. (a) Jawatan : Penolong Pegawai Tanah Gred NT27
[ 1 jawatan ]
(b) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran Sokongan dan
Pengurusan Tanah
(c) Kumpulan : Sokongan
Perkhidmatan
(d) Taraf Jawatan: Tetap
(e) Jadual Gaji : Gred NT27
P1T1 RM1204.55 P1T26 RM3027.10
P2T1 1274.13 P2T26 3213.25
P3T1 1346.73 P3T26 3405.26
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:
(a) ( i) sijil dalam bidang perancang bandar dan
wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-instutisi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;
(Gaji permulaan pada Gred NT27 : P1T1);atau
(iii) sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau
perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada politeknik –politeknik tempatan
(iv) atau kelayakan yang di iktiraf setaraf denganya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27: P1T1)
(v) Diploma dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada politeknik –politeknik
tempatan atau kelayakan yang di iktiraf setaraf
denganya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27: P1T6)
(vi) Diploma dalam bidang perancang bandar dan
wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
politeknik –politeknik tempatan atau kelayakan
yang di iktiraf setaraf denganya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27: P1T6)
dan (b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

4. (a) Jawatan : Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17
( Bilal Masjid Bandar /Jajahan )
[ 10 jawatan]
(b) Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
(c) Kumpulan Sokongan
Perkhidmatan;
(d) Taraf : Tetap
(e) Jadual Gaji : Gred S17
P1T1 RM820.38 P1T24 RM2151.35
P2T1 871.81 P2T24 2272.50
P3T1 924.75 P3T24 2397.95
Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
dengan kepujian dalam subjek Agama Islam
dan Lulus Bahasa Arab; atau
(ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama
daripada sekolah agama bantuan penuh
kerajaan;
dan (b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan;

5. (a) Jawatan : Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17
( Siak Masjid Bandar /Jajahan )
[ 6 jawatan ]
(b) Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
(c) Kumpulan Sokongan
Perkhidmatan;
(d) Taraf : Tetap
(e) Jadual Gaji : Gred S17
P1T1 RM820.38 P1T24 RM2151.35
P2T1 871.81 P2T24 2272.50
P3T1 924.75 P3T24 2397.95
Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
dengan kepujian dalam subjek Agama Islam
dan Lulus Bahasa Arab; atau
(ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama
daripada sekolah agama bantuan penuh
kerajaan;
dan (b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan;

6. (a) Jawatan : Penghantar Notis Gred N3
[ 1 jawatan ]
(b) Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan
(c) Kumpulan
Perkhidmatan : Sokongan
(d) Taraf Jawatan: Tetap
(e) Jadual Gaji : Gred N3
P1T1 RM709.59 - P1T18 RM1534.57
P2T1 752.06 - P2T18 1617.82
P3T1 796.16 - P3T18 1702.70
Syarat Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat
adalah layak dipertimbang oleh Pihak MAIK untuk kenaikan pangkat
secara lantikan ke jawatan Penghantar Notis Gred N3, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) berpelajaran di peringkat sekolah menengah rendah
bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu
pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(Gaji permulaan ialah pada Gred N3: P1T2); atau
(iii) lulus Peperiksaan Khas;
(b) mempunyai lesen menunggang motosikal yang
sah

7 (a) Jawatan : Pengawal Keselamatan Gred KP11
[ 2 jawatan ]
(b) Klasifikasi : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan
Awam
(c ) Perkhidmatan Sokongan
(d) Taraf Jawatan: Tetap
(e) Jadual Gaji : Gred KP11
P1T1 RM740.62 - P1T21 RM1714.26
P2T1 RM783.09 - P2T21 RM1802.40
P3T1 RM827.18 - P3T21 RM1892.17
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut
(a) (i) Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh
kerajaan; atau
(ii) Bekas Konstable Polis Diraja Malaysia atau Prebet
Angkatan Tentera yang telah disahkan dalam jawatan
tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang
baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan
menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan:
(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera
seperti berikut;
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m (lelaki)
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg (lelaki)
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurangkurangnya
79sm dan semasa tarik nafas
84sm (lelaki)
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan
kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan
V/6/9 tanpa mengunakan cermin mata, dan
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak
cacat.
dan (c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) diatas
hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada
peringkat Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah
Pelajaran atau kelulusan yang di iktiraf setaraf denganya
oleh kerajaan.
GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi diatas P1 boleh ditetapkan oleh pihak MAIK
berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
tarikh tutup iklan jawatan.Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah
Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun
pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn,
1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang
beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit
Pentadbiran, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua
Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2008 / terkini dan kenyataan
perkhidmatan yang kemaskini.
Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat
berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang
beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan
dilayan.

ALAMAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABhg. Dato’ Timbalan Yang DiPertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam, Lundang,
15200 KOTA BHARU.
SEBELUM ATAU PADA : 25hb. November, 2009
PERKARA AM
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan
dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.
(HAJI CHE HAMAT BIN HAJI CHE MUDA)
Setiausaha,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Ruj. Fail : D231/PK/ 256/9-1Klt.10 /(1)
Bertarikh : 1hb. November, 2009

Untuk rujukan lanjut,sila layari http://maik.kelantan.gov.my

Offline culienpa

  • Jr. Member
  • **
  • Pos: 68
  • Karma: +0/-0
  • {Lt.M} *culienpa*
    • Lihat Profil
    • http://www.rotucc.net
Re: Kerja Kosong di MAIK (Majlis agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
« Jawab #1 pada: Disember 13, 2009, 02:37:09 pm »
TQ atas makluman jawatan bro .. :D
HaLLo And Hii to aLL ;)
Ambo aNaK Jat! KeLate !!
+http://www.rotucc.net+